Halaman: 1
Manual pengguna
HD928X
Halaman: 2
2 BAHASA MELAYU
KANDUNGAN
Penting 3
Pengenalan 6
Perihalan umum 7
Sebelum penggunaan pertama 9
Aplikasi NutriU 9
Kawalan suara 10
Bersedia untuk menggunakan 10
Menggunakan perkakas 10
Jadual makanan 10
Menggoreng dengan Airfryer 12
Memilih mod simpan panas 16
Memasak dengan praset 17
Menukar kepada praset lain 18
Memulakan resipi daripada Aplikasi NutriU 19
Membuat kentang goreng buatan sendiri 20
Pembersihan 20
Meja pembersihan 22
Penyimpanan 22
Mengitar semula 22
Pengisytiharan Keakuran 22
Jaminan dan sokongan 23
Kemas kini perisian 23
Keserasian peranti 23
Tetap semula kilang 23
Menyelesaikan masalah 23
Halaman: 3
3
BAHASA MELAYU
Penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan untuk rujukan masa hadapan.
Bahaya
- Masukkan ramuan yang akan digoreng di dalam bakul
untuk mengelakkannya daripada tersentuh dengan elemen
pemanasan.
- Jangan tutup bukaan saluran masuk udara dan saluran keluar
udara semasa perkakas beroperasi.
- Jangan isi kuali dengan minyak kerana ia boleh menyebabkan
bahaya kebakaran.
- Jangan sekali-kali merendam perkakas di dalam air atau
sebarang cecair lain, ataupun membilasnya di bawah paip.
- Jangan biarkan sebarang air atau cecair lain masuk ke dalam
perkakas untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik.
- Jangan sekali-kali meletakkan jumlah makanan yang melebihi
paras maksimum yang dinyatakan dalam bakul.
- Jangan sentuh bahagian dalam perkakas semasa operasi.
- Sentiasa pastikan pemanas adalah bebas dan tiada makanan
yang tersekat di dalam pemanas.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas
sepadan dengan voltan sesalur tempatan anda.
- Jangan gunakan perkakas jika palam, kord sesalur atau
perkakas rosak.
- Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips,
pusat servis yang dibenarkan oleh Philips ataupun pihak lain
seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
- Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh
orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi
fizikal, deria atau mental atau kurang berpengalaman dan
pengetahuan, melainkan mereka telah diberikan pengawasan
atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
Halaman: 4
4 BAHASA MELAYU
- Pembersihan dan penyelenggaraan tidak boleh dilakukan oleh
kanak-kanak tanpa pengawasan.
- Jauhkan kord sesalur dari permukaan yang panas.
- Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding yang
dibumikan. Sentiasa pastikan palam dimasukkan dengan rapi
pada soket dinding.
- Jangan sandarkan perkakas pada dinding atau perkakas lain.
Berikan sekurang-kurangnya jarak 10 cm di belakang dan sisi
perkakas dan sekurang-kurangnya 10 cm di atas perkakas.
Jangan letak apa jua item di atas perkakas.
- Jangan gunakan perkakas untuk sebarang tujuan lain selain
daripada yang diterangkan dalam manual pengguna ini.
- Semasa menggoreng dengan udara panas, stim panas akan
dilepaskan melalui bukaan salur keluar udara. Kekalkan
tangan dan muka anda pada jarak yang selamat dari stim dan
dari bukaan saluran keluar udara. Juga, berhati-hati dengan
stim dan udara panas semasa mengeluarkan kuali daripada
perkakas.
- Permukaan yang mudah dicapai mungkin menjadi panas
sewaktu penggunaan.
- Kuali, bakul dan aksesori di dalam Airfryer akan menjadi
panas sewaktu penggunaan. Berhati-hati apabila anda
mengendalikannya.
- Jangan letakkan perkakas di atas atau berdekatan dengan
dapur gas panas atau semua jenis dapur elektrik dan plat
masak elektrik atau ketuhar yang panas.
- Jangan gunakan bahan yang ringan atau kertas pembakar
dalam perkakas.
- Jangan letak perkakas di atas atau berdekatan bahan yang
mudah terbakar seperti alas meja atau langsir.
- Jangan biarkan perkakas ini dikendalikan tanpa dijaga.
- Cabut palam perkakas jika anda melihat asap gelap keluar
dari perkakas. Tunggu sehingga asap berhenti sebelum anda
mengeluarkan kuali dari perkakas.
- Penyimpanan ubi kentang: Suhu haruslah bersesuaian dengan
jenis ubi kentang yang disimpan dan suhu haruslah 6°C ke atas
untuk meminumkan risiko dedahan akrilamida dalam bahan
makanan yang disediakan.
Halaman: 5
5
BAHASA MELAYU
- Jangan pasang palam perkakas atau kendalikan panel kawalan
dengan tangan yang basah.
- Perkakas ini direka bentuk untuk digunakan pada suhu
sekeliling antara 5°C hingga 40°C.
Awas
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan biasa di rumah
sahaja. Perkakas tidak dimaksudkan untuk digunakan dalam
persekitaran seperti dapur kakitangan di kedai, pejabat,
ladang atau persekitaran kerja yang lain. Perkakas juga tidak
dimaksudkan untuk digunakan oleh klien di hotel, motel, inap
sarapan dan persekitaran kediaman lain.
- Sentiasa kembalikan perkakas ke pusat servis yang disahkan
oleh Philips untuk mendapatkan pemeriksaan atau pembaikan.
Jangan cuba baiki perkakas itu sendiri, jika tidak jaminannya
menjadi tidak sah.
- Jika perkakas digunakan dengan cara yang tidak betul, atau
untuk tujuan profesional atau separa profesional, atau jika ia
tidak digunakan mengikut arahan dalam manual pengguna
ini, jaminan menjadi tidak sah dan Philips menolak sebarang
liabiliti terhadap sebarang kerosakan yang berlaku.
- Sentiasa letak dan gunakan perkakas pada permukaan yang
kering, stabil, rata dan mendatar.
- Cabut palam perkakas selepas setiap penggunaan.
- Biarkan perkakas menjadi sejuk selama kira-kira 30 minit
sebelum anda mengendalikannya atau membersihkannya.
- Pastikan ramuan yang disediakan di dalam perkakas ini
menjadi kuning keemasan dan bukan berwarna gelap atau
coklat. Keluarkan sisa yang terbakar. Jangan goreng ubi
kentang segar pada suhu melebihi 180°C (untuk mengurangkan
penghasilan akrilamida).
- Berhati-hati apabila membersihkan kawasan atas ruang
memasak: Elemen pemanasan panas, pinggir bahagian Logam.
- Pastikan makanan dimasak sepenuhnya di dalam Airfryer.
- Pastikan bahawa anda mempunyai kawalan terhadap Airfryer
anda, juga semasa menggunakan fungsi alat kawalan jauh atau
permulaan tertunda.
- Semasa memasak makanan berlemak, Airfryer boleh
mengeluarkan asap. Berikan perhatian khas semasa
Halaman: 6
6 BAHASA MELAYU
menggunakan fungsi alat kawalan jauh atau permulaan
tertunda.
- Pastikan hanya satu orang menggunakan fungsi alat kawalan
jauh pada satu-satu masa.
- Berhati-hati apabila memasak makanan mudah rosak dengan
fungsi permulaan tertunda (bakteria mungkin membiak).
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan
dengan pendedahan kepada medan elektromagnet.
Pematian automatik
Perkakas ini dilengkapi dengan fungsi pematian automatik. Jika anda tidak
menekan butang dalam masa 20 minit, perkakas akan dimatikan secara
automatik. Untuk mematikan perkakas secara manual, tekan butang kuasa
Hidup/Mati.
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips!
Untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada sokongan
yang ditawarkan oleh Philips, daftar produk anda di
www.philips.com/welcome.
Philips Airfryer merupakan satu-satunya Airfryer dengan Teknologi Udara
Pantas yang unik untuk menggoreng makanan kegemaran anda dengan
minyak yang sedikit atau tanpa minyak tambahan serta sehingga 90%
kurang lemak.
Teknologi Udara Pantas Philips memasak makanan secara menyeluruh
serta reka bentuk tapak sulaiman kami menjadikan suapan awal hingga
akhir anda sempurna.
Kini anda boleh menikmati makanan goreng yang dimasak dengan
sempurna—rangup di luar dan lembut di dalam—Goreng, gril, panggang
dan bakar untuk menyediakan pelbagai hidangan lazat dengan cara yang
sihat, cepat dan mudah.
Untuk mendapatkan lebih banyak inspirasi, resipi dan maklumat tentang
Airfryer, lawati www.philips.com/kitchen atau muat turun Aplikasi NutriU*
percuma untuk IOS® atau Android™.
*Aplikasi NutriU mungkin tidak tersedia di negara anda.
Untuk keadaan sebegini, sila layari laman web Philips tempatan anda
untuk mendapatkan inspirasi.
Halaman: 7
7
BAHASA MELAYU
Perihalan umum
1 Panel kawalan
A Butang suhu naik
B Butang suhu turun
C Butang menu
D Menu praset
E Butang Hidup/Mati
F Butang masa turun
G Butang masa naik
H Penanda masa
I Skrin
J Penanda suhu
K Penanda Wi-Fi
2 Penunjuk MAX
3 Bakul
4 Butang pelepas bakul
5 Kuali
6 Kord kuasa
7 Saluran keluar udara
8 Saluran masuk udara
Status Penanda Wi-Fi
Penanda Wi-Fi mati • Airfryer anda tidak disambungkan kepada Wi-Fi rumah anda (tiada persediaan
Wi-Fi awal dibuat setakat ini) atau sambungan kepada Wi-Fi rumah anda hilang
disebabkan oleh, contohnya, penghala rumah telah ditukar atau jarak antara
Airfryer dengan penghala terlalu jauh
Penanda Wi-Fi hidup • Konfigurasi dengan Aplikasi NutriU telah selesai dan Airfryer disambungkan
kepada Wi-Fi Rumah
Penanda Wi-Fi menyala • Airfryer dalam mod "persediaan" semasa proses persediaan Wi-Fi. Skrin
menunjukkan tiga tanda sempang dan butang di atas Airfryer tidak aktif; atau
jika sudah disambungkan, LED berkelip menandakan Airfryer sedang cuba
menyambung kepada Wi-Fi rumah.
Penanda Wi-Fi berkelip
dengan jeda panjang
• Kefungsian Wi-Fi Airfryer telah rosak. Anda boleh menggunakan Airfryer tanpa
ciri kesambungan atau menghubungi talian penting perkhidmatan Philips atau
menghubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Halaman: 8
9
BAHASA MELAYU
Sebelum penggunaan pertama
1 Tanggalkan semua bahan pembungkusan.
2 Tanggalkan sebarang pelekat atau label (jika ada) daripada perkakas.
3 Cuci perkakas sepenuhnya sebelum penggunaan kali pertama,
seperti yang ditunjukkan dalam bab pembersihan.
Aplikasi NutriU
Philips Airfryer anda didayakan Wi-Fi dan membolehkan anda
menyambung dengan NutriApp untuk mendapatkan pengalaman Airfryer
yang lengkap. Pada Aplikasi, anda boleh memilih dan menghantar resipi
kegemaran anda kepada Airfryer dan memulakan resipi daripada peranti
pintar anda. Anda boleh memulakan, memantau dan melaraskan proses
memasak pada peranti pintar anda dari mana-mana sahaja, walaupun
semasa tiada di rumah.
Menyambungkan Airfryer anda dengan Aplikasi
1 Pasang palam pengecas Airfryer pada soket dinding.
2 Pastikan peranti pintar anda dalam jangkauan rangkaian Wi-Fi rumah
sebelum anda memulakan proses persediaan Wi-Fi yang mudah.
3 Muat turun Aplikasi Philips NutriU pada peranti pintar anda daripada
kedai Aplikasi atau daripada www.philips.com/nutriu, ikut proses
pendaftaran dan pilih Airfryer yang disambungkan
Airfryer yang disambungkan dalam profil anda
dalam bahagian "MyAppliances" (Perkakas Saya).
4 Ikut arahan pada Aplikasi untuk menyambungkan Airfryer anda
kepada Wi-Fi dan untuk menjadikan Airfryer anda berpasangan.
5 Apabila LED Wi-Fi pada antara muka pengguna Airfryer dinyalakan
dengan sepenuhnya, ini bermakna Airfryer telah disambungkan.
Nota
• Pastikan anda menyambungkan Airfryer anda pada rangkaian Wi-Fi rumah 2.4
GHz 802.11 b/g/n.
• Persediaan Wi-Fi yang mudah diperlukan untuk menyambungkan Airfryer
kepada Wi-Fi rumah anda.
• Proses berpasangan adalah untuk menyambungkan Aplikasi NutriU kepada
Airfryer pintar anda.
• Proses persediaan Wi-Fi boleh dibatalkan melalui Aplikasi atau dengan
mencabut palam Airfryer.
• Anda boleh menjadikan peranti ini berpasangan dengan hanya satu peranti
pintar pada masa yang sama dengan Airfryer anda. Jika pengguna kedua
memulakan proses berpasangan, pengguna yang pertama akan dialih keluar
dan perlu berpasangan sekali lagi apabila memasak dengan Airfryer.
• Untuk memulakan proses berpasangan, tekan lama butang suhu ke bawah
dan ikut arahan dalam Aplikasi atau mulakan daripada tetapan pada Aplikasi
NutriU.
Halaman: 9
10 BAHASA MELAYU
Kawalan suara
1 Muat turun Aplikasi NutriU.
2 Sambungkan Aplikasi NutriU dengan Airfryer anda.
3 Berikan keizinan untuk "memasak dari jauh".
4 Sambungkan Aplikasi NutriU dengan Aplikasi pembantu suara
anda. Sambungan ini boleh dibuat semasa membuat permulaan
atau kemudian dalam tetapan Aplikasi NutriU. Sekiranya anda tidak
melihat pilihan untuk mengaktifkan kawalan suara dalam NutriU,
aktifkan kemahiran Kitchen+ melalui Aplikasi pembantu suara anda.
Nota
• Jika anda tiada Aplikasi kawalan suara, muat turun aplikasi tersebut dahulu
untuk menghantar perintah kepada Airfryer.
• Perintah suara yang terperinci tersedia dalam Aplikasi untuk kawalan suara.
Bersedia untuk menggunakan
Letakkan perkakas di atas permukaan yang stabil, mendatar, rata dan
tahan haba.
Nota
• Jangan letak apa jua item di atas perkakas atau di sisi perkakas. Ini boleh
mengganggu laluan udara dan menjejaskan penggorengan.
• Jangan letak perkakas yang sedang beroperasi berdekatan atau di bawah
objek yang mungkin boleh dirosakkan oleh stim seperti dinding dan almari.
• Biarkan palam getah di dalam kuali. Jangan tanggalkan palam sebelum
memasak.
Menggunakan perkakas
Jadual makanan
Jadual di bawah membantu anda memilih tetapan asas untuk jenis
makanan yang anda ingin sediakan.
Nota
• Harap maklum bahawa tetapan ini merupakan cadangan. Oleh sebab
ramuannya berbeza-beza dari segi asal, saiz, bentuk serta jenama, kami tidak
dapat menjamin tetapan yang terbaik untuk ramuan anda.
• Apabila menyediakan jumlah makanan yang lebih besar (cth. kentang goreng,
udang, peha ayam, snek sejuk beku), goncang, balikkan atau kacau ramuan di
dalam bakul 2 hingga 3 kali untuk mendapatkan hasil yang konsisten.
Halaman: 10
11
BAHASA MELAYU
Ramuan
Minimum–
maksimum
jumlah
Masa
(minit)
Suhu Nota
Kentang goreng nipis
beku (7x7 mm/0.3x0.3 in)
200-800 g /
7-28 oz
14-31 180°C/350°F • Goncang, balikkan atau
kacau 2-3 kali secara
berkala
Kentang goreng buatan
sendiri (tebal 10x10
mm/0.4x0.4 in)
200-800 g /
7-28 oz
20-40 180°C/350°F • Goncang, balikkan atau
kacau 2-3 kali secara
berkala
Ketulan ayam dibekukan 200-600 g/
7-21 oz
9-20 200°C/400°F • Goncang, balikkan atau
kacau pada separuh masa
Popia beku 200-600 g/
7-21 oz
9-20 200°C/400°F • Goncang, balikkan atau
kacau pada separuh masa
Daging burger (anggaran
150 g/5 oz)
1-5 keping 16-21 200°C/400°F
Lof daging 1200 g / 42 oz 55-60 150°C/300°F • Gunakan aksesori
membakar
Potongan daging
tanpa tulang (anggaran
150 g/5 oz)
1-4 potong 15-20 200°C/400°F • Goncang, balikkan atau
kacau pada separuh masa
Sosej nipis (kira-kira
50 g/1.8 oz)
2-10 keping 11-15 200°C/400°F • Goncang, balikkan atau
kacau pada separuh masa
Paha ayam (anggaran
125 g/4.5 oz)
2-8 keping 17-27 180°C/350°F • Goncang, balikkan atau
kacau pada separuh masa
Dada ayam (anggaran
160 g/6 oz)
1-5 keping 15-25 180°C/350°F
Seekor ayam 1200 g/42 oz 60-70 180°C/350°F
Seekor ikan (anggaran
300-400 g/11-14 oz)
1-2 ikan 20-25 200°C/400°F
Kepingan ikan (anggaran
200 g/7 oz)
1-5 (1 lapisan) 25-32 160°C / 325°F
Sayur campuran
(dicincang kasar)
200-800 g/7-
28 oz
9-18 180°C/350°F • Tetapkan masa memasak
mengikut selera anda
• Goncang, balikkan atau
kacau pada separuh masa
Mufin (anggaran
50 g/1.8 oz)
1-9 13-15 180°C/350°F • Gunakan cawan mufin
Kek 500 g/18 oz 40-45 160°C/325°F • Gunakan dulang kek
Roti/roti gulung prabakar
(anggaran 60 g/ 2 oz)
1-6 keping 6-8 200°C/400°F
Halaman: 11
12 BAHASA MELAYU
Ramuan
Minimum–
maksimum
jumlah
Masa
(minit)
Suhu Nota
Roti buatan sendiri 800 g / 28 oz 55-65 150°C/300°F • Gunakan aksesori
membakar
• Bentuk adunan mestilah
serata mungkin untuk
mengelakkan roti
menyentuh elemen
pemanasan semasa
menaik
Menggoreng dengan Airfryer
Awas
• Airfryer ini berfungsi dengan udara panas. Jangan isikan kuali dengan
minyak, lemak menggoreng atau sebarang cecair lain.
• Jangan sentuh permukaan panas. Gunakan pemegang atau tombol.
Kendalikan kuali panas dengan sarung tangan pelindung ketuhar.
• Perkakas ini hanya untuk penggunaan di rumah sahaja.
• Perkakas ini mungkin mengeluarkan sedikit asap apabila anda
menggunakannya pada kali pertama. Ini perkara biasa.
• Perkakas tidak perlu dipanaskan terlebih dahulu.
1 Pasang palam pada soket dinding.
2 Tanggalkan kuali bersama bakul daripada perkakas dengan menarik
pemegang.
Halaman: 12
13
BAHASA MELAYU
3 Letakkan ramuan ke dalam bakul.
Nota
• Airfryer boleh memasak pelbagai jenis ramuan. Rujuk 'Jadual makanan' untuk
kuantiti yang betul dan anggaran masa memasak.
• Jangan melebihi jumlah yang ditunjukkan dalam bahagian 'Jadual makanan'
atau mengisi bakul melebihi penunjuk 'MAX' memandangkan ini boleh
menjejaskan hasil masakan.
• Jika anda ingin menyediakan pelbagai ramuan serentak, pastikan anda
memeriksa masa memasak yang dicadangkan untuk ramuan berbeza sebelum
anda memasaknya serentak.
4 Letakkan kuali bersama bakul kembali ke dalam Airfryer.
Awas
• Jangan gunakan kuali tanpa bakul di dalamnya.
• Jangan sentuh kuali atau bakul semasa dan beberapa ketika selepas
menggunakannya kerana kuali atau mungkin sangat panas.
5 Tekan butang kuasa Hidup/Mati untuk menghidupkan perkakas.
6 Tekan butang suhu naik atau suhu turun untuk memilih suhu yang
dikehendaki.
7 Tekan butang masa naik atau masa turun untuk memilih masa yang
dikehendaki.
Halaman: 13
14 BAHASA MELAYU
8 Tekan butang Hidup/Mati untuk memulakan proses memasak.
Nota
• Suhu dan masa sewaktu memasak ditunjukkan secara berselang.
• Minit terakhir memasak akan dikira dalam saat.
• Rujuk jadual makanan dengan tetapan memasak asas untuk pelbagai jenis
makanan.
• Apabila proses memasak dimulakan dan Airfryer anda berpasangan dengan
peranti pintar, anda boleh melihat, mengawal dan menukar tetapan memasak
dalam Aplikasi NutriU juga.
• Untuk mengubah unit suhu daripada Celsius kepada Fahrenheit atau
sebaliknya pada Airfryer anda, tekan butang naik dan turun pada waktu
yang sama dalam tempoh 10 saat.
Petua
• Sewaktu memasak, jika anda mahu menukar masa atau suhu, tekan butang
naik atau turun yang berkenaan pada bila-bila masa sewaktu tempoh
memasak.
• Untuk menghentikan proses memasak seketika, tekan butang Hidup/Mati.
Untuk meneruskan proses memasak, tekan butang Hidup/Mati sekali lagi
untuk meneruskan proses memasak.
• Perkakas ini akan dijeda secara automatik apabila anda menarik keluar kuali
dan bakul. Proses memasak diteruskan sekali lagi apabila kuali dan bakul
dimasukkan semula ke dalam perkakas.
Nota
• Jika anda tidak menetapkan masa memasak yang diperlukan dalam masa 30
minit, perkakas akan mati secara automatik atas sebab-sebab keselamatan.
• Sesetengah ramuan perlu digoncang atau dikacau selepas separuh masa
memasak (lihat 'Jadual makanan'). Untuk menggoncang ramuan, tarik kuali
bersama bakul, letakkan di atas ruang kerja tahan haba, luncurkan penutup
dan tekan butang pelepas bakul untuk menanggalkan bakul dan goncang
bakul di singki. Kemudian, letakkan bakul ke dalam kuali dan luncurkan semula
ke dalam perkakas.
• Jika anda menetapkan pemasa kepada separuh masa memasak, loceng
pemasa berbunyi menandakan tiba masa untuk menggoncang atau
membalikkan ramuan. Pastikan anda menetapkan semula pemasa kepada
baki masa memasak.
9 Apabila anda mendengar pemasa berbunyi, tempoh memasak telah
tamat.
Nota
• Anda boleh menghentikan proses memasak secara manual. Untuk berbuat
demikian, tekan butang Hidup/Mati.
Halaman: 14
15
BAHASA MELAYU
10 Tarik kuali dan lihat jika ramuan sudah masak.
Awas
• Kuali Airfryer akan menjadi panas selepas proses memasak. Sentiasa
letakkan kuali di atas ruang kerja tahan haba (contohnya tungku besi dan
lain-lain) apabila anda menanggalkan kuali daripada perkakas.
Nota
• Jika ramuan belum masak lagi, masukkan semula kuali ke dalam Airfryer
dengan memegang pemegangnya dan tambahkan beberapa minit untuk
menetapkan masa.
11 Untuk mengeluarkan ramuan kecil (contohnya kentang goreng),
angkat bakul keluar daripada kuali dengan meluncurkan penutupnya
dahulu, kemudian tekan butang pelepas bakul.
Awas
• Selepas proses memasak, kuali, bakul, perumah dalaman dan ramuan
adalah panas. Bergantung pada jenis ramuan di dalam Airfryer, stim akan
keluar daripada kuali.
12 Masukkan ramuan ke dalam mangkuk atau pinggan. Sentiasa
keluarkan bakul daripada kuali untuk dikosongkan kerana minyak
panas mungkin terkumpul di bahagian bawah kuali.
Nota
• Untuk mengeluarkan ramuan yang besar atau mudah rapuh, gunakan penyepit
untuk mengangkat ramuan.
• Lebihan minyak atau lemak cair daripada ramuan akan terkumpul di bahagian
bawah kuali.
• Bergantung pada ramuan memasak, anda haruslah menuang minyak atau
lemak cair yang berlebihan dari kuali selepas menggoreng atau sebelum
menggoncang atau menggantikan bakul di dalam kuali. Tempatkan bakul di
atas permukaan tahan panas. Pakai sarung tangan ketuhar untuk menuangkan
lebihan minyak atau lemak cair. Letakkan semula bakul ke dalam kuali.
Apabila ramuan telah dimasak, Airfryer sedia untuk memasak ramuan lain
dengan serta-merta.
Nota
• Ulangi langkah 3 hingga 12 jika anda mahu menyediakan kelompok lain.
Halaman: 15
16 BAHASA MELAYU
Memilih mod simpan panas
1 Tekan butang menu setiap kali ikon simpan panas berkelip.
2 Tekan butang Hidup/Mati untuk memulakan mod simpan panas.
Nota
• Pemasa simpan panas ditetapkan kepada 30 minit. Untuk menukar tempoh
simpan panas (1 - 30 minit), tekan butang masa turun. Masa akan disahkan
secara automatik.
• Suhu tidak boleh diubah dalam mod simpan panas.
3 Untuk menghentikan mod simpan panas seketika, tekan butang
Hidup/Mati. Untuk meneruskan mod simpan panas, tekan butang
Hidup/Mati sekali lagi.
4 Untuk menghentikan mod simpan panas, tekan lama butang Hidup/
Mati.
Petua
• Jika makanan seperti kentang goreng menjadi kurang garing sewaktu mod
simpan panas, pendekkan masa simpan panas dengan mematikan perkakas
sebelum tamat masanya atau garingkan selama 2-3 minit pada suhu
180°C/350°F.
Nota
• Sewaktu mod simpan panas, kipas dan pemanas di dalam perkakas
dihidupkan dari masa ke masa.
• Mod simpan panas direka bentuk untuk memastikan makanan anda kekal
panas selepas dimasak di dalam Airfryer. Mod ini bukan untuk pemanasan
semula.
Halaman: 16
17
BAHASA MELAYU
Memasak dengan praset
1 Ikut langkah 1 hingga 5 dalam bab "Menggoreng dengan Airfryer".
2 Tekan butang menu. Ikon snek sejuk beku berkelip. Tekan butang
menu setiap kali butang praset yang anda mahukan berkelip.
3 Mulakan proses memasak dengan menekan butang Hidup/Mati.
Nota
• Jadual di bawah mengandungi lebih banyak maklumat tentang praset.
Praset
Praset
masa (min)
Praset suhu Berat (Maksimum) Maklumat
Snek berasaskan
kentang beku
31
180°C/
350°F
800 g/28 oz
• Snek sejuk beku berasaskan
kentang seperti kentang
goreng beku, potongan
kentang, kentang goreng
bersilang dan lain-lain.
• Goncang, balikkan atau kacau
2-3 kali secara berkala
Kentang goreng
segar
38
180°C/
350°F
800 g/28 oz
• Gunakan kentang yang kersai
• Ketebalan potongan 10x10mm
/ 0.4x0.4 in
• Rendam di dalam air selama
30 minit, keringkan kemudian
tambahkan ¼ hingga 1 sudu
besar minyak
• Goncang, balikkan atau kacau
2-3 kali secara berkala
Drumstick ayam
27
180°C/
350°F
1000 g/35 oz
• Sehingga 8 paha ayam
• Goncang, balikkan atau kacau
secara berkala
Halaman: 17
18 BAHASA MELAYU
Praset
Praset
masa (min)
Praset suhu Berat (Maksimum) Maklumat
Seekor ikan
anggaran 300 g/11
oz
20
200°C/
400°F
600 g/21 oz
Kek
45
160°C/
325°F
500 g/18 oz
• Gunakan aksesori membakar
XL (199 x 189 x 80 mm)
Potongan daging
20
200°C/
400°F
600 g/21 oz
• Sehingga 4 potongan daging
tanpa tulang
Sayur campuran
18
180°C/
350°F
800 g/28 oz
• Cincang kasar
• Gunakan aksesori membakar
XL
Simpan panas
30
80°C/
175°F
T/B • Suhu tidak boleh diubah
Menukar kepada praset lain
1 Semasa proses memasak, tekan lama butang kuasa Hidup/Mati
untuk menghentikan proses memasak. Perkakas akan beralih kepada
mod tunggu sedia.
2 Tekan butang Hidup/Mati sekali lagi untuk menghidupkan perkakas.
3 Tekan butang menu setiap kali butang praset yang anda mahukan
berkelip.
Halaman: 18
19
BAHASA MELAYU
4 Tekan butang Hidup/Mati untuk memulakan proses memasak.
Memulakan resipi daripada Aplikasi NutriU
1 Tekan butang Hidup/Mati untuk menghidupkan Airfryer.
2 Buka Aplikasi NutriU pada peranti pintar anda dan cari resipi pilihan
anda.
3 Buka resipi dan mulakan proses memasak pada Aplikasi.
Nota
• Pastikan bahawa apabila memasak resipi yang dihasilkan untuk Airfryer
anda, gunakan jumlah makanan yang sama seperti jumlah yang disebutkan
dalam resipi. Apabila menggunakan ramuan berbeza atau jumlah makanan
yang berbeza, laraskan masa memasak. Apabila memasak resipi yang tidak
dihasilkan untuk Airfryer anda, sila ambil perhatian bahawa masa dan suhu
mungkin dilaraskan.
Petua
• Melalui penapis dalam carian resipi, anda boleh menapis Airfryer pintar anda
untuk mendapatkan resipi yang dihasilkan untuk peranti anda.
• Apabila proses memasak dimulakan daripada Aplikasi, anda boleh melihat
tetapan memasak pada skrin Airfryer juga.
• Anda boleh menjeda proses memasak atau menukar tetapan pada Airfryer
atau Aplikasi.
• Apabila proses memasak tamat, anda boleh memulakan mod simpan panas
pada Aplikasi atau memulakan proses tersebut melalui praset "Simpan panas"
pada Airfryer.
• Jika makanan belum dikeluarkan lagi, anda boleh memanjangkan proses
memasak pada Aplikasi atau Airfryer.
• Untuk meninggalkan proses memasak sebelum masa memasak tamat, tekan
lama butang Hidup/Mati pada Airfryer atau tekan jeda, kemudian ikon berhenti
pada Aplikasi.
• Anda juga boleh memulakan masa dan suhu individu anda pada Aplikasi
NutriU.
• Pada bahagian bawah Skrin Utama, terdapat butang untuk mengakses skrin
utama, resipi, mod manual, artikel atau profil anda. Tekan butang mod manual
dan hantar masa dan suhu individu anda kepada Airfryer.
Halaman: 19
20 BAHASA MELAYU
Membuat kentang goreng buatan sendiri
Untuk membuat kentang goreng buatan sendiri yang sedap di dalam
Airfryer:
- Pilih jenis ubi kentang yang sesuai untuk membuat kentang goreng,
cth. ubi kentang segar dan (agak) berkanji.
- Sebaik-baiknya kentang digoreng mengikut bahagian sehingga
800 g/28 oz agar dimasak rata. Kentang goreng yang lebih besar
biasanya tidak rangup berbanding dengan kentang goreng kecil.
1 Kupas ubi kentang dan potong menjadi bentuk jejari
(ketebalan 10 x 10 mm/0.4 x 0.4 in).
2 Rendam jejari kentang ke dalam semangkuk air selama sekurang-
kurangnya 30 minit.
3 Kosongkan mangkuk dan keringkan jejari kentang menggunakan
tuala atau kertas tisu.
4 Masukkan satu sudu besar minyak masak ke dalam mangkuk,
letakkan jejari ke dalam mangkuk dan gaul sehingga kesemua jejari
bersalut minyak.
5 Keluarkan jejari daripada mangkuk menggunakan tangan anda atau
sudip berlubang agar lebihan minyak kekal di dalam mangkuk.
Nota
• Jangan sengetkan mangkuk untuk meletakkan semua jejari kentang dalam
bakul pada satu masa untuk mengelakkan minyak berlebihan masuk ke dalam
kuali.
6 Letakkan jejari kentang ke dalam bakul.
7 Goreng jejari kentang dan goncangkan bakul 2-3 kali semasa
memasak.
Pembersihan
Amaran
• Biarkan bakul, kuali dan bahagian dalam perkakas menjadi sejuk
sepenuhnya sebelum anda membersihkannya.
• Kuali, bakul dan bahagian dalam perkakas mengandungi salutan tidak
melekat. Jangan gunakan perkakas dapur logam atau bahan pencuci yang
melelas kerana ini merosakkan salutan tidak melekat.
Bersihkan perkakas setiap kali selepas digunakan. Keluarkan minyak dan
lemak daripada bahagian bawah kuali setiap kali selepas penggunaan.
1 Tekan butang Hidup/Mati
Hidup/Mati kuasa untuk mematikan perkakas, cabut
palam daripada soket dinding dan biarkan perkakas menjadi sejuk.
Halaman: 20
21
BAHASA MELAYU
Petua
• Keluarkan kuali dan bakul untuk menyejukkan Airfryer dengan lebih cepat.
2 Buang lemak cair atau minyak dari bahagian bawah kuali.
3 Bersihkan kuali dan bakul di dalam mesin basuh pinggan
mangkuk. Anda juga boleh mencucinya dengan air panas, cecair
pencuci pinggan mangkuk dan span tidak melelas (lihat 'Jadual
pembersihan').
Nota
• Letakkan kuali dengan palam getah di dalam mesin cuci pinggan mangkuk.
Jangan tanggalkan palam sebelum pembersihan.
Petua
• Jika sisa makanan melekat pada kuali atau bakul, rendamkan ke dalam
air panas bersama cecair pencuci pinggan mangkuk selama 10-15 minit.
Merendam akan melonggarkan sisa makanan dan menjadikannya lebih mudah
untuk ditanggalkan. Pastikan anda menggunakan cecair pencuci yang boleh
melarutkan minyak. Jika terdapat kesan minyak pada kuali atau bakul dan
anda tidak dapat membersihkannya dengan air panas dan cecair pencuci,
gunakan cecair penyahgris.
• Jika perlu, sisa makanan yang melekat pada elemen pemanasan boleh
ditanggalkan dengan berus berbulu lembut hingga sederhana. Jangan
gunakan berus dawai besi atau berus berbulu keras kerana ini boleh
merosakkan salutan pada elemen pemanasan.
4 Lap luaran perkakas menggunakan kain lembap.
Nota
• Pastikan tiada kelembapan tertinggal pada panel kawalan. Keringkan panel
kawalan dengan kain selepas anda telah membersihkannya.
5 Bersihkan elemen pemanasan menggunakan berus pembersih untuk
menanggalkan kesan makanan.
6 Cuci bahagian dalam perkakas dengan air panas dan span tidak
melelas.
Halaman: 21
22 BAHASA MELAYU
Meja pembersihan
Penyimpanan
1 Cabut palam perkakas dan biarkannya menjadi sejuk.
2 Pastikan kesemua bahagian bersih dan kering sebelum disimpan.
Nota
• Pegang Airfryer secara mendatar setiap kali anda mengangkatnya. Pastikan
juga anda memegang kuali pada bahagian hadapan perkakas kerana kuali
bersama bakul boleh tergelincir keluar daripada perkakas jika tersenget. Ini
boleh merosakkan barang-barang berkenaan.
• Sentiasa pastikan bahagian Airfryer yang boleh dibuka, dipasang semula
sebelum diangkat atau disimpan.
Mengitar semula
- Jangan buang produk dengan sampah rumah biasa di akhir hayatnya.
Sebaliknya, bawa perkakas ke pusat pungutan rasmi atau kitar
semula. Dengan melakukan ini, anda membantu memelihara alam
sekitar.
- Ikut peraturan negara anda untuk pengumpulan berasingan produk
elektrik dan elektronik. Cara membuang yang betul akan membantu
mencegah akibat negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan
manusia.
Pengisytiharan Keakuran
Dengan ini, Philips Consumer Lifestyle B.V. mengisytiharkan bahawa
Airfryer HD928x mematuhi Arahan 2014/53/EU.
Teks penuh bagi pengisytiharan pematuhan EU tersedia di alamat Internet
berikut: https://www.philips.com.
Airfryer HD928x dilengkapi dengan modul Wi-Fi, 2.4GHz 802.11 b/g/n.
Halaman: 22
23
BAHASA MELAYU
Jaminan dan sokongan
Jika anda memerlukan maklumat atau sokongan, sila lawati
www.philips.com/support atau baca risalah jaminan sedunia.
Kemas kini perisian
Pengemaskinian adalah penting untuk melindungi privasi anda dan
kefungsian Airfryer dan Aplikasi anda yang betul.
Dari masa ke masa, Aplikasi akan mengemas kini kepada perisian terkini
secara automatik. Airfryer juga mengemas kini perisian tegar secara
automatik.
Nota
• Apabila kemas kini sedang dipasang, pastikan Airfryer anda disambungkan
kepada Wi-Fi rumah. Peranti pintar boleh disambungkan ke mana-mana
rangkaian.
• Sentiasa gunakan Aplikasi dan perisian tegar yang terkini.
• Kemas kini dijadikan tersedia apabila terdapat peningkatan perisian atau
untuk mengelakkan isu keselamatan.
• Kemas kini perisian tegar akan dimulakan secara automatik apabila Airfryer
berada dalam mod siap sedia. Kemas kini ini akan mengambil masa sehingga
1 minit dan skrin pada Airfryer akan menunjukkan "---" yang berkelip. Airfryer
tidak boleh digunakan pada masa ini.
Keserasian peranti
Untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang keserasian Aplikasi, sila
rujuk maklumat dalam App Store.
Tetap semula kilang
Untuk tetapan semula kilang Airfryer, tekan butang suhu dan masa naik
pada masa yang sama selama 10 saat.
Kemudian, Airfryer anda tidak lagi disambungkan kepada Wi-Fi rumah
anda dan tidak berpasangan dengan peranti pintar anda lagi.
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang anda hadapi dengan
perkakas. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat
di bawah, lawati www.philips.com/support untuk mendapatkan senarai
soalan lazim atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Halaman: 23
24 BAHASA MELAYU
Masalah Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Bahagian luar
perkakas ini menjadi
panas ketika
digunakan.
Haba di dalam memancar ke
dinding luar.
Ini perkara biasa. Semua pemegang dan tombol
yang anda perlu pegang semasa penggunaan
akan kekal sejuk dan boleh dipegang.
Kuali, bakul dan bahagian dalam perkakas akan
menjadi panas setiap kali perkakas dihidupkan
untuk memastikan makanan dimasak
secukupnya. Semua bahagian ini adalah panas.
Jika anda membiarkan perkakas hidup untuk
jangka masa yang lama, sesetengah bahagian
akan menjadi terlalu panas untuk dipegang.
Bahagian ini ditandakan pada perkakas dengan
ikon berikut:
Selagi anda mengetahui bahagian panas dan
tidak menyentuhnya, perkakas ini selamat
untuk digunakan.
Kentang goreng
buatan sendiri tidak
masak seperti yang
dijangka.
Anda tidak menggunakan
jenis kentang yang betul.
Untuk mendapatkan hasil terbaik, gunakan
ubi kentang berkanji yang segar. Jika anda
perlu menyimpan ubi kentang, jangan simpan
di dalam persekitaran yang sejuk seperti
peti sejuk. Pilih ubi kentang yang pada
pembungkusannya dinyatakan sesuai untuk
menggoreng.
Jumlah ramuan dalam bakul
terlalu banyak.
Ikut arahan pada halaman 20 dalam manual
pengguna ini untuk menyediakan kentang
goreng buatan sendiri.
Sesetengah jenis ramuan
perlu digoncang pada
separuh masa memasak.
Ikut arahan pada halaman 20 dalam manual
pengguna ini untuk menyediakan kentang
goreng buatan sendiri.
Airfryer tidak hidup.
Plag perkakas tidak
dipasang.
Periksa sama ada palam dimasukkan ke dalam
soket dinding dengan betul.
Beberapa perkakas
disambungkan kepada satu
saluran keluar.
Airfryer mempunyai wattan yang tinggi. Cuba
gunakan saluran keluar yang berbeza dan
periksa fius.
Saya ternampak
tompok mengelupas
di dalam Airfryer saya.
Sesetengah tompok kecil
boleh muncul di dalam
kuali Airfryer disebabkan
sentuhan atau calaran
tidak sengaja pada salutan
(cth. semasa pembersihan
dengan alat membersih
kasar dan/atau semasa
memasukkan bakul).
Anda boleh mengelakkan kerosakan dengan
meletakkan bakul ke dalam kuali dengan betul.
Jika anda memasukkan bakul dengan senget,
bahagian sisinya boleh terkena dinding kuali
dan menyebabkan kepingan kecil salutan
mengelupas. Jika ini berlaku, sila ambil
perhatian bahawa perkara ini tidak berbahaya
kerana semua bahan yang digunakan selamat
untuk makanan.
Halaman: 24
25
BAHASA MELAYU
Masalah Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Asap putih keluar dari
perkakas.
Anda memasak ramuan yang
berlemak.
Tuang lebihan minyak atau lemak daripada kuali
dengan berhati-hati dan teruskan memasak.
Kuali masih mengandungi
kesan berminyak daripada
penggunaan sebelum ini.
Asap putih disebabkan kesan berminyak yang
menjadi panas di dalam kuali. Bersihkan kuali
dan bakul sepenuhnya setiap kali selepas
penggunaan.
Lapisan serdak roti atau
salutan tidak melekat dengan
betul pada makanan.
Kepingan kecil serdak roti di udara boleh
menyebabkan asap putih. Tekan lapisan serdak
roti atau salutan dengan betul pada makanan
untuk memastikannya melekat.
Perapan, cecair atau air
daging terpercik di dalam
lemak cair atau minyak.
Lap makanan menjadi kering sebelum
meletakkannya di dalam bakul.
LED Wi-Fi pada
Airfryer saya tidak lagi
bersinar.
• Airfryer tidak
disambungkan kepada Wi-
Fi rumah anda lagi.
• Anda telah menukar
rangkaian Wi-Fi rumah
anda.
Mulakan proses persediaan Wi-Fi dengan
menekan lama butang menu dan ikut arahan
pada Aplikasi.
Aplikasi menunjukkan
bahawa proses
berpasangan tidak
berjaya.
Pengguna lain telah
menjadikan Airfryer
berpasangan dengan peranti
pintar yang lain dan sedang
memasak.
Tunggu sehingga pengguna lain menyelesaikan
proses memasak, kemudian jadikan peranti
pintar anda berpasangan dengan Airfryer.
Paparan saya
menunjukkan "---"
yang berkelip.
Airfryer anda sedang
mengemas kini perisian tegar.
Tunggu selama kira-kira seminit sebelum proses
kemas kini perisian tegar selesai. Anda tidak
boleh menggunakan Airfryer semasa proses
kemas kini perisian tegar.
Skrin pada Airfryer
menunjukkan "E1".
Perkakas telah rosak/tidak
berfungsi.
Hubungi talian perkhidmatan Philips atau Pusat
Layanan Pelanggan di negara anda.
Airfryer mungkin telah
disimpan di tempat yang
sejuk.
Jika peranti anda telah disimpan di tempat
dengan suhu sekeliling yang rendah, biarkan
peranti menjadi panas kepada suhu bilik selama
sekurang-kurangnya 15 minit sebelum anda
memasang palam semula.
Jika paparan anda masih menunjukkan "E1",
hubungi talian perkhidmatan Philips atau Pusat
Layanan Pelanggan di negara anda.
Pertanyaan & jawaban
Punya pertanyaan tentang Philips Airfryer XL Essential HD9270 tetapi tidak dapat menemukan jawabannya di manual pengguna? Mungkin pengguna ManualsCat.com dapat membantu Anda untuk menjawab pertanyaan Anda. Dengan mengisi formulir di bawah ini, pertanyaan Anda akan muncul di bawah manual Philips Airfryer XL Essential HD9270. Harap pastikan bahwa Anda menjelaskan kesulitan Anda dengan Philips Airfryer XL Essential HD9270 dengan setepat mungkin. Makin tepat pertanyaan Anda, makin tinggi peluang Anda untuk menerima jawaban dari pengguna lain dengan cepat. Anda akan secara otomatis dikirimi email untuk memberi tahu Anda ketika seseorang telah bereaksi terhadap pertanyaan Anda.
Ajukan pertanyaan tentang Philips Airfryer XL Essential HD9270